Bonus

Khamis Julai 26, 2012 : Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam.

Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos, demikian menurut kenyataan perdana menteri yang juga menteri kewangan, pada lewat petang Rabu.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Beliau menambah, bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Jelas Najib lagi, pemberian bonus dan bayaran khas kepada pesara kerajaan itu merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangannya dan juga pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

– mStarOnline

Advertisements

0 Responses to “Bonus”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 82,782 hits

RSS CUEPACS

  • KSN KESAL DENGAN ISU KETIDAKHADIRAN PEGAWAI PERUBATAN KE TEMPAT KERJA February 16, 2017
    Bernama13/11/2016 KLANG, 13 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama. Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kement […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers