Artikel Pilihan – Jurutera Muda

JURUTERA MUDA

1. Kerjaya jurutera adalah salah satu pilihan hot dalam proses penentuan cita-cita bermula dari peringkat sekolah lagi.

2. Namun para jurutera muda, cuba imbau lima (5) tahun ke belakang, sewaktu dalam pengajian dan banding kita pada hari ini: adakah matlamat telah dikira sudah tercapai?

3.Di bidang mana sekalipun, perkara paling penting adalah membina kompetensi. Bagi jurutera secara umunya ia merangkumi ilmu, kemahiran, etika, dan yang tidak kurang pentingnya ialah integriti.

4. Ilmu ; walaupun secara umumnya apabila memegang title sebagai jurutera, mereka telah pun bergelar siswazah kejuruteaan, namun proses pembelajaran tidak boleh terhenti begitu sahaja. Penulis sangat bersetuju dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana setiap jurutera hendaklah mengamalkan sikap sentiasa dahaga kepada ilmu pengetahuan berkenaan bidang mereka. Paling baik, jadikan jurutera berpengalaman sebagai mentor anda.

5. Kemahiran ; pendidikan formal tidak memungkinkan kemahiran diperoleh secara total. Justeru, perlu menuntut di ‘sekolah kehidupan’. Berdepan dengan masalah adalah satu cara terbaik menimba pengalaman untuk mendapatkan kemahiran. Jangan sesekali malu untuk bertanya; tiada siapa akan memperkecilkan anda pada waktu-waktu awal memasuki kerjaya ini.

6. Etika; seseorang jurutera perlu mempunyai jatidiri sebagai jurutera sejati. Cara mereka bertindak, keterampilan, dan nilai-nilai yang diterapkan sewaktu memberikan perkhidmatan sepatutnya menjadi cerminan identiti mereka.

7. Integriti; tanggungjawab penuh yang dipikul samada dari sudut kuantiti dan kualiti usaha yang dibuat seseorang jurutera. Harus diingat, pekerjaan jurutera juga melibatkan risiko-risiko besar termasuk kehilangan nyawa.

8.Untuk melayakkan seseorang bergelar dan memegang sesuatu jawatan ialah tahap kompetensinya.

9. Justeru, masing-masing boleh menilai diri sendiri dimana dan kemana arahtuju mereka seterusnya.

10. Namun, proses membina kredibiliti sebagai jurutera, bukanlah suatu proses yang singkat. Ia perlu berterusan.

Nota : penulis merupakan admin blog UPIKE CKE, boleh ikuti blog rasminya di http://www.azlan.com.my/

0 Responses to “Artikel Pilihan – Jurutera Muda”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 81,859 hits

RSS CUEPACS

  • LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN December 8, 2016
    Bernama8/12/2012 Datuk Seri S.K Devamany - gambar failKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi b […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers