Bingkisan DATO’ Ar. NUR HAIZI BT. ABDUL HAI

DIPETIK MELAUI E-MAIL :-

KEPADA SELURUH WARGA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
_______________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2. Adalah dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan saya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) akan tamat pada 27 April 2012, setelah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 34 tahun.

3. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JKR Malaysia di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan di sepanjang tempoh perkhidmatan saya di Jabatan Kerja Raya.

“Sudah lama kita bersama
Tiba masa berpisah jua
Banyak kuterima kerjasama
Dari dewasa hingga ke tua.

Sebab budi tidak terbalas
Apapun diucap tidak berpada
Hanya ingatan tulus dan ikhlas
Tersimpan tetap dalam dada.”

4. Saya akan sentiasa mendoakan agar Jabatan Kerja Raya akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang, sebagai Jabatan Teknikal yang terunggul.

5. Saya dengan penuh ikhlas dan rendah hati, memohon kemaafan di atas sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang berkhidmat. Saya juga memohon ribuan maaf kerana tidak kesempatan untuk berjumpa kerana kesuntukan masa dan kesibukan tugas. Semoga hubungan mesra dan silaturrahim yang terjalin akan terus berkekalan.

Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,

(DATO’ Ar. NUR HAIZI BT. ABDUL HAI)
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)
Ibu Pejabat JKR Malaysia

Advertisements

0 Responses to “Bingkisan DATO’ Ar. NUR HAIZI BT. ABDUL HAI”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 84,750 hits

RSS CUEPACS

  • SOKONG WUJUD PENGKALAN DATA PINJAMAN April 18, 2017
    Utusan Malaysia18/4/2017 JERANTUT 18 April - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengalu-alukan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk mewujudkan pangkalan data berpusat bagi menapis semua jenis permohonan pinjaman oleh penjawat awam.Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, cadangan be […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers