Lawatan Kerja Warga UPIKE ke Penjara Kajang

KAJANG, 30.11.2011 – Satu lawatan kerja ke Penjara Kajang telah dianjurkan oleh Eng. Mohd Hezri Md. Rasid selaku Pegawai Integriti UPIKE CKE. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Eng. Zaharan @ Abdullah – Jurutera Elektrik Penguasa yang mewakili Ketua Jurutera UPIKE CKE.

Atas beberapa tugasan yang mustahak dan segera hanya 3 orang sahaja daripada 20 orang peserta yang tidak dapat turut serta di dalam lawatan pada kali ini. Penyertaan adalah terhad kerana pihak jawatankuasa penganjur hanya menyediakan kemudahan bas bersaiz kecil milik Jabatan Kerja Raya yang hanya mampu menampung sebanyak 20 – 24 orang penumpang sahaja.

Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberi keinsafan kepada warga UPIKE yang merupakan sebahagian daripada masyarakat awam dan pendedahan umum terhadap kaedah yang dilaksanakan Jabatan Penjara bagi tujuan pemulihan kepada para banduan. Ini merupakan lawatan kerja kali ke-2 yang telah dianjurkan oleh Eng. Mohd Hezri Md. Rasid selaku Pegawai Integriti UPIKE CKE. Sebelum ini pada 17 Mac 2011 yang lalu, beliau telah menganjurkan lawatan kerja ke Institut Integriti Malaysia (klik sini).

Rombongan disambut oleh Tuan TPP Zabidi sangat baik hati sebaik sahaja tiba di perkarangan Penjara Kajang pada jam 9.20 pagi. Tuan TPP Zabidi merupakan pegawai pengiring sepanjang lawatan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah & Pra Bebas… Oleh kerana polisi Jabatan Penjara dan atas dasar keselamatan – pihak penganjur tidak dapat merakamkan gambar sepanjang lawatan tersebut. Namun atas ihsan Tuan TPP Zabidi, beberapa keping gambar yang telah dirakamkan oleh jurugambar Jabatan Penjara di emailkan kepada pihak penganjur. Terima kasih tuan…🙂 Berikut adalah gambar ihsan Penjara Kajang untuk tatapan semua warga UPIKE…

Sumber : Engineer Azlan

0 Responses to “Lawatan Kerja Warga UPIKE ke Penjara Kajang”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 81,859 hits

RSS CUEPACS

  • LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN December 8, 2016
    Bernama8/12/2012 Datuk Seri S.K Devamany - gambar failKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi b […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers