Majlis Program Ibadah Qurban 2011

Kuala Lumpur, 09.11.2011 – Satu majlis sempena program ibadah qurban telah diadakan dengan jaya di perkarangan pejabat JKR Elektrik Jalan Chan Sow Lin.

Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Elektrik, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dipergerusikan oleh Ir. Ismail Bin Hashim.

Walaupun majlis program ibadah qurban ini dianjurkan oleh Bahagian Elektrik, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun beberapa orang kakitangan dari unit-unit CKE turut sama mengambil bahagian dalam ibadah qurban tersebut. Secara tidak langsung juga turut melibatkan penyertaan unit dari CKE yang terdiri dari Unit Perunding Inspektorat dan Keselamatan Elektrik (UPIKE), Unit Standard, Pengujian dan Makmal Akreditasi & Unit Kawalan Bahan dan Forensik.

Majlis dimulai acara memotong daging dan memasak, kemudian diikuti majlis tahlil di surau lelaki dan tepat jam 12.00 tengahari semua warga JKR Elektrik dijamu makan bersama-sama.

Majlis ini patut diberikan pujian kerana turut juga menyediakan makanan yang berasingan kepada warga kerja yang bukan beragama Islam. Mereka telah disediakan nasi ayam.

Pihak penganjur turut mengagihkan daging qurban kepada semua kakitangan yang terdiri dari kumpulan sokongan 2…. 🙂 kecerian jelas terbayang di wajah mereka.

Ir. Ismail Hashim, Pengerusi Penganjur Ibadah Qurban 2011 sedang mengagihkan daging qurban kepada semua kakitangan kumpulan sokongan 2.

Semoga Ibadah Qurban ini diterima Tuhan. Amin.

Sumber : TheJambat Press

Advertisements

0 Responses to “Majlis Program Ibadah Qurban 2011”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 84,758 hits

RSS CUEPACS

  • SOKONG WUJUD PENGKALAN DATA PINJAMAN April 18, 2017
    Utusan Malaysia18/4/2017 JERANTUT 18 April - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengalu-alukan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk mewujudkan pangkalan data berpusat bagi menapis semua jenis permohonan pinjaman oleh penjawat awam.Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, cadangan be […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers