Permohonan pinjaman perumahan secara online di portal SPPB

17/08/2011 3:49pm

PUTRAJAYA 17 Ogos – Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara online menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB).

Setiausaha BPP, Datuk Shuib Md Yusop berkata, melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.

“SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar.

“Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari di sini hari ini.

Shuib berkata, setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan Internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau draf bank. – Bernama

Advertisements

0 Responses to “Permohonan pinjaman perumahan secara online di portal SPPB”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 86,135 hits

RSS CUEPACS

  • CUEPACS MOHON KENAIKAN 3 PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM June 21, 2017
    Malaisiakini21'6'2017Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers