KAJISELIDIK TAHAP KEPUASAN KAKITANGAN JKR (ESI) 2011

Dimaklumkan, JKR Malaysia akan melancarkan pelaksanaan kajiselidik Tahap Kepuasan Pekerja (Employee Satisfaction Index (ESI)) secara online bermula pada hari Isnin, 11 Julai 2011 untuk seluruh warga JKR di semua pejabat JKR iaitu JKR Ibu pejabat, JKR Negeri, JKR Daerah, Pasukan Projek Khas dan juga Pegawai KADER. Kajiselidik ESI pada kali ini juga akan meliputi pegawai dan kakitangan di semua peringkat gred dan jawatan samada Pengurusan dan Profesional, Sokongan 1 dan Sokongan 2.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengetahui penilaian warga kerja JKR terhadap pelbagai aspek dalaman organisasi dan tahap kepuasan mereka selama berkhidmat sebagai kakitangan JKR.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga JKR adalah dimestikan untuk menjawab kajiselidik berkenaan secara online melalui RAKAN atau Laman Web JKR. Capaian kepada sistem online tersebut boleh juga menggunakan Internet Explorer ke alamat URL berikut :

http://survey.jkr.gov.my

Untuk login, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan membuat katalaluan sendiri. Sila rujuk tatacara login di muka hadapan borang kajiselidik. Sekiranya anda tidak dapat melengkapkan kajiselidik pada percubaan pertama, sistem membolehkan anda untuk masuk semula ke laman ESI sebanyak 3 kali bagi melengkapkan kajiselidik ini dengan menggunakan katalaluan yang telah anda daftar pada kali pertama.

Sebarang masalah anda boleh menghubungi pegawai berikut:

1. En. Hasnan bin Abdul Hamid (HASNAN@jkr.gov.my) 03-26968285

2. Ir. Arnita Sofia binti Osman (ARNITA@jkr.gov.my) 03-26967080

3. Cik Valerie Ivy anak Kinsely Kulai (Valerie@jkr.gov.my) 03-26968273

Kerjasama seluruh warga JKR amat diharapkan bagi menjayakan kajiselidik pada tahun ini dan diucapkan ribuan terima kasih.

Daripada:

Urusetia ESI 2011
Cawangan Pengurusan Korporat
JKR Malaysia

Advertisements

1 Response to “KAJISELIDIK TAHAP KEPUASAN KAKITANGAN JKR (ESI) 2011”


  1. 1 payatiga July 15, 2011 at 9:04 am

    telah menyempurnakannya… Alhamdulillah..


Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 82,771 hits

RSS CUEPACS

  • KSN KESAL DENGAN ISU KETIDAKHADIRAN PEGAWAI PERUBATAN KE TEMPAT KERJA February 16, 2017
    Bernama13/11/2016 KLANG, 13 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama. Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kement […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers