Pertukaran Jabatan!

Dukacita dimaklumkan bahawa Warga UPIKE akan kehilangan seorang ahli keluarganya yang akan bertukar ke jabatan lain.

Individu yang dimaksudkan ialah Eng. KAMARUZZAMAN BIN MAT RANI. Di UPIKE, beliau lebih dikenali sebagai Eng. KZ.

Eng. Kamaruzzaman Mat Rani @ Eng. KZ @ Akmal Azman


 
Sebagai seorang yang sangat komitmen dengan tugas sebagai Jurutera Elektrik, perpindahan beliau ini amat dirasai oleh pihak pengurusan atasan UPIKE dan seluruh warga kerja UPIKE amnya.

Eng. KZ memulakan perkhidmatan sebagai Jurutera Elektrik di Jabatan Kerja Raya sejak tahun 2009, melalui lantikkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia secara Contract For Service (CFS). Beliau kemudian ditempatkan di UPIKE, CKE pada 16 April 2009 sehingga 1 Julai 2011. Sudah pasti banyak jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh tersebut kepada organisasi JKR, KKR dan kerajaan Malaysia secara keseluruhannya!

Bermula pada 1 Julai 2011, Eng. KZ mulai melaporkan diri sebagai JURUTERA ELEKTRIK GRED J41 (TETAP) di Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditempatkan di Pusat Darah Negara. SYABAS dan TAHNIAH!

Perpindahan ini menurut beliau bukan bermakna akan terputus silaturahim! Perkembangan Eng. KZ atau nama penanya Akmal Azman boleh diikuti melalui laman blognya sini dan laman sosial facebook .

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

3 Responses to “Pertukaran Jabatan!”


  1. 1 payatiga July 1, 2011 at 5:28 pm

    Dari awal lagi saya katekan..UPIKE kehilangan permata… Selamat berjuang sahabatku, Semoga Allah berkatimu, Kenangan Indah bersamamu, Takkan Ku Biar ia Berlalu….

  2. 2 anynomous July 2, 2011 at 5:27 pm

    Bukan setakat UPIKE tapi kepada JKR especially..tapi kehilangan beliau tetap dirasai oleh semua warga UPIKE..selamat bertugas di tempat baru .

    Bintang Barat terbit petang
    Bintang Timur terbit pagi
    Jika tidak melarat panjang
    Ada umur kita bertemu lagi


Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 81,866 hits

RSS CUEPACS

  • LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN December 8, 2016
    Bernama8/12/2012 Datuk Seri S.K Devamany - gambar failKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi b […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers