Berita : ~ Lampu LED mampu jimat 50 peratus bil lampu jalan raya: Shaziman

KUALA LUMPUR: Kerajaan mampu mengurangkan sehingga 50 peratus kos bayaran lampu jalan raya di laluan sepanjang 63.1 kilometer merangkumi tiga lebuh raya utama apabila menggantikannya dengan lampu berteknologi ”diod pemancar cahaya” (LED) mulai hari ini.

Gambar Ihsan dari akhbar Utusan

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata projek perintis itu, yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat teknologi lampu Royal Philips Electronics, membabitkan kawasan di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Lembah Klang.

Syarikat itu akan memasang lampu LED di semua laluan berkenaan dalam tempoh sembilan bulan, selain menyelenggara selama tujuh tahun, katanya kepada pemberita selepas merasmikan lampu LED keluar Philips di Petronas Subang dekat sini malam tadi.

“Projek perintis ini menepati inspirasi kerajaan untuk mengurangkan sebanyak 40 peratus penggunaan karbon dan berusaha menjadikan bandar-bandar lebih hijau dengan menggunakan teknologi canggih melalui pembangunan berkesinambungan pada masa hadapan.

“Saya lihat pencahayaan lampu LED ini dapat menjimatkan bil elektrik jalan raya yang ditanggung oleh kementerian. Pada masa ini, kementerian menanggung RM26 juta setahun untuk pembayaran bil lampu biasa di semua jalan raya,” katanya.

Shaziman berkata beliau juga akan meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melihat kesesuaian penggunaan lampu berkenaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). – BERNAMA

“Selain jalan tersebut, projek perintis Menteri Kerja Raya itu turut melibatkan Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).” – Memetik kata-kata salah seorang Warga UPIKE yang terlibat secara langsung dengan dokumentasi projek ini.

Advertisements

0 Responses to “Berita : ~ Lampu LED mampu jimat 50 peratus bil lampu jalan raya: Shaziman”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 84,593 hits

RSS CUEPACS

  • SOKONG WUJUD PENGKALAN DATA PINJAMAN April 18, 2017
    Utusan Malaysia18/4/2017 JERANTUT 18 April - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengalu-alukan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk mewujudkan pangkalan data berpusat bagi menapis semua jenis permohonan pinjaman oleh penjawat awam.Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, cadangan be […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers