Tahniah CKE!


Tahniah diucapkan kepada Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) di atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik 2011 bagi kategori Intranet. Ini merupakan kali kedua CKE menerima pengiktirafan dalam Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik peringkat JKR di mana pada tahun 2010, CKE telah mendapat tempat ketiga bagi kategori yang sama (Intranet).

Bagaimanapun, kejayaan kali ini lebih manis apabila CKE turut dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan (Intranet dan Internet) dan seterusnya merangkul Anugerah Kualiti Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II yang berupa Piala Pusingan serta Sijil.


Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor kepada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia di Hotel Holiday Inn, Melaka pada 30 Mei 2011.

Akhir kata, sekalung tahniah dan syabas kepada CKE di atas kejayaan tersebut dan semoga pengurusan laman web akan terus cemerlang dalam usaha untuk menjadikan laman web sebagai ‘centre repository’ dan ‘one stop centre’ bagi maklumat CKE dan sebagai pemudah cara dalam pembangunan profesionalisma kejuruteraan elektrik.

Sumber : WEB CKE

2 Responses to “Tahniah CKE!”


  1. 1 Lake June 8, 2011 at 12:09 pm

    Laman web Cawangan Kejuruteraan Elektrik mengalam downtime yang teruk.

    Sila pantau.

    Terima kasih.


Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 81,859 hits

RSS CUEPACS

  • LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN December 8, 2016
    Bernama8/12/2012 Datuk Seri S.K Devamany - gambar failKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi b […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers