J41 ‘Contract For Service’

Program Pegawai Pengurusan & Profesional Gred J41 Contract For Service (CFS)
– Pengembalian Dokumen Perjanjian Perlanjutan Kontrak

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui pejabat ini telah mengeluarkan dokumen perjanjian bagi melanjutkan kontrak secara Contract For Service (CFS) kepada pegawai-pegawai CFS yang tamat kontrak antara bulan Mac hingga Mei 2011.

Sehingga kini, masih terdapat segelintir pegawai-pegawai CFS yang ditawarkan perlanjutan kontrak masih belum mengembalikan dokumen perjanjian berkenaan. Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama pegawai-pegawai CFS yang masih berminat agar mengambil tindakan segera untuk melengkapkan dokumen perjanjian berkenaan dan mengembalikan dokumen berkenaan lengkap dalam tiga (3) set kepada fasilitator di cawangan/JKR Negeri masing-masing untuk dimajukan kepada pejabat ini selewat-lewatnya 17 Jun 2011. Selepas tarikh tersebut, sekiranya pejabat ini tidak menerima dokumen berkenaan maka pegawai CFS dianggap tidak berminat dan kontrak akan tamat pada tarikh perjanjian terdahulu dimeterai.

Sekiranya, terdapat pegawai CFS yang telah ditawarkan perlanjutan kontrak tetapi tidak berminat untuk melanjutkan kontrak, dipohon kerjasama pegawai berkenaan agar dapat melengkapkan Borang Pengesahan Tidak Melanjutkan Kontrak yang boleh diperolehi daripada fasilitator masing-masing. Borang tersebut perlu diserahkan kepada fasilitator bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan surat penghargaan sebagai tanda terima kasih dan bukti pegawai CFS berkenaan pernah berkerja di JKR.

Kerjasama pegawai-pegawai CFS berhubung perkara-perkara di atas amatlah diharapkan bagi melancarkan urusan perlanjutan kontrak dan pembayaran gaji. Perhatian dan tindakan segera pegawai-pegawai CFS amat dihargai.

Sumber : Bahagian Dasar Sumber Manusia, CPK (berita RAKAN)

Advertisements

0 Responses to “J41 ‘Contract For Service’”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 86,131 hits

RSS CUEPACS

  • CUEPACS MOHON KENAIKAN 3 PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM June 21, 2017
    Malaisiakini21'6'2017Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers