INTISARI UCAPAN KP

Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim dalam ucaptamanya menyeru dan menekankan perkara berikut :

1. Sambutan Hari Innovasi perlu diadakan secara berterusan untuk membudayakan innovasi dalam persekitaran kerja dan melakukan yang terbaik demi kecemerlangan Jabatan. Melalui majlis ini, individu, cawangan dan daerah yang telah berjaya menghasilkan kerja berdasarkan kreativiti dan innovasi akan diberi pengikhtirafan Anugerah Innovasi peringkat JKR.

2. Perubahan nama dari Kumpulan Mutu Kerja (KMK) yang hanya memberi fokus penyelesaian masalah terhadap isu utama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) diharap dapat memberi ruang kepada warga JKR untuk lebih kreatif dan menerbitkan idea-idea baru tanpa menunggu isu tercetus di Jabatan. Oleh itu warga JKR akan lebih produktif dan perihatin dalam persekitaran kerja masing-masing sejajar dengan hasrat untuk memajukan perkhidmatan di JKR.

3. Peningkatan daya kreatif dan inovatif dalam tugas harian bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada Jabatan tetapi juga dapat menyumbang dalam pembentukan modal insan yang berkualiti dan mampu menyerlah potensi masing-masing secara berhemah dan berintegriti.

4. Pengubahsuaian atau penambahbaikan perkhidmatan melalui cetusan idea-idea kreatif dan inovatif berdasarkan nilai murni dan etika luhur dapat menambahbaikan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam dan dengan itu sumbangan JKR kepada rakyat akan lebih dihargai.

5. Penganugerahan kepada semua pemenang di majlis ini bertepatan dengan usaha yang telah dihasilkan dan merupakan pengikhtirafan Jabatan kepada warganya. Ketua Pengarah berharap pemenang KIK dapat menambahbaik dan mengaplikasikan hasil ciptaan disamping memperluaskan produk inovasi mereka agar dapat memantapkan lagi sistem penyampaian JKR. Tahniah kepada pemenang.

Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim,
Ketua Pengarah Kerja Raya

Sempena Hari Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia,
22 November 2010, Di Dewan Warisan Kangar, Perlis

Advertisements

0 Responses to “INTISARI UCAPAN KP”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 82,791 hits

RSS CUEPACS

  • KSN KESAL DENGAN ISU KETIDAKHADIRAN PEGAWAI PERUBATAN KE TEMPAT KERJA February 16, 2017
    Bernama13/11/2016 KLANG, 13 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama. Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kement […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers