Friday Talk

Ceramah yang bertajuk “Pembudayaan Amalan 5S” telah di sampaikan oleh En. Ahmad Zaki Bin Sulaiman

Satu sesi Friday Talk di Bilik Mesyuarat Utama UPSE telah di adakan. Ceramah yang bertajuk “Pembudayaan Amalan 5S” telah di sampaikan oleh En. Ahmad Zaki Bin Sulaiman dan telah dihadiri seramai 19 orang warga UPSE. En. Zaki mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk menyampaikan ceramah yang berkisar kepada pengalamannya ketika menghadiri kunjungan kerja pasukan 5S CKE ke JKR Elektrik Pahang di Kuantan pada 28 Oktober 2010 yang lalu.

Sebahagian warga UPSE sedang kusyuk mendengar ceramah 5S yang disampaikan

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari daripada JKR Elektrik Pahang yang baru sahaja dianugerahkan Persijilan 5S oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dahulu dikenali sebagai Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Malaysia.

Contoh 1.

Contoh 2.

Contoh 3.

Contoh 4

Gambar-gambar yang menujukkan aktiviti 5S di JKR Elektrik Pahang telah dipertontonkan kepada semua warga UPSE.

Diantara Jurutera Kanan yang turut hadir mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh En. Ahmad Zaki

Diantara lain, En. Zaki mengingatkan bahawa perkongsiaan ini amat bermanfaat dan hasil amalan 5S telah mengasilkan gaya kerja yang sistematik di JKR Elektrik Pahang. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja di CKE khususnya untuk warga UPSE.

En. Ahmad Zaki Sulaiman

Taniah diucapkan kepada En. Ahmad Zaki.Administrator Senggara CKE

 

…………………………………………………………………………………..

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

2 Responses to “Friday Talk”



Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 81,866 hits

RSS CUEPACS

  • LEBIH 71,000 PENJAWAT AWAM BERSARA AWAL ANTARA FAKTOR KESIHATAN December 8, 2016
    Bernama8/12/2012 Datuk Seri S.K Devamany - gambar failKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany.Devamany berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi b […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 10 other followers