PEKERJA INDUSTRI BINAAN WAJIB IKUT KURSUS INDUKSI KESELAMATAN

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Semua pekerja industri binaan, termasuk warga asing, di tapak pembinaan awam diwajibkan mengikuti kursus induksi keselamatan sehari anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperoleh kad hijau.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abd Karim berkata kad hijau yang dikeluarkan CIDB itu mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan dan tanpa kad tersebut, pekerja tidak dibenarkan memasuki kawasan tapak binaan.

“Kursus ini bertujuan memberi pendidikan dalam kalangan pekerja di samping berusaha mengurangkan berlakunya kemalangan di tempat kerja,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Judin berkata CIDB melantik pegawai penilai yang terdiri daripada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang berkelayakan, bagi menilai pekerja binaan yang terlibat dalam kursus itu.

Kad hijau itu juga menjadi identiti seseorang pekerja itu agar dapat dikenal pasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pekerja binaan yang gagal memiliki kad hijau itu boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pendaftaran kontraktor (1995)-Peraturan 15 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, katanya.

– BERNAMA

About these ads

0 Responses to “PEKERJA INDUSTRI BINAAN WAJIB IKUT KURSUS INDUKSI KESELAMATAN”



  1. Leave a Comment

Ulasan :-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Blog Stats

  • 64,379 hits

RSS CUEPACS

  • CUEPACS KESAL UGUTAN BUNUH TERHADAP ANGGOTA JPJ November 26, 2014
    Bernama25/11/2014 SERDANG, 25 Nov (Bernama) -- Cuepacs meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang mengeluarkan perkataan kesat dan ugutan bunuh melalui laman sesawang terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata dua individu terbabit membuat ugutan itu selepas tidak […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.