Penyelia Tapak Bina Bertauliah – CIDB

Seluruh Warga UPIKE CKE & Caw. Kej. Elektrik merakamkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada 10 orang Warga UPIKE CKE yang telah dengan jayanya mendapat pengiktirafan Akreditasi sebagai Penyelia Tapak Bina Bertauliah (Bidang Elektrik) pada 25 Sept. 2012 di Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada;

1. Engineer Wan Fatimah
2. Engineer Nurul Ilyani
3. Senior Asst. Eng. Jefree
4. Asst. Eng. Bustaman
5. Senior Tech. Ruslan
6. Tech. Azrol Nizam
7. Tech. Manawi
8. Chargeman Abas
9. Chargeman Rup Kumar
10. PW4 Hisyam

KURSUS ASAS PENDAWAIAN

KURSUS ASAS PENDAWAIAN BAGI KUMPULAN SOK.II akan berlangsung pada 08hb – 12hb OKTOBER 2012

Pegawai yang ingin turut serta untuk memohon online di http://latihan.jkr.gov.my/

Butiran kursus adalah seperti dibawah:-

Kursus : KURSUS ASAS PENDAWAIAN BAGI KUMPULAN SOK.II
Tempat : Bilik Latihan CKE CHERAS
Tarikh : 08hb – 12hb Oktober 2012
Penginapan : Tidak Disediakan
Makan/Minum : Disediakan

Sumber : Azree bin kasim, unit pembangunan kompetensi

KURSUS ETIKA BAGI KUMPULAN SOKONGAN

JEMPUTAN KE KURSUS ETIKA BAGI KUMPULAN SOKONGAN ANJURAN CAWANGAN PENGURUSAN KORPORAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (3 OKTOBER 2012)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya akan menganjurkan kursus seperti berikut:

Kursus : Kursus Etika Bagi Kumpulan Sokongan
Tarikh : 3 Oktober 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Tan Sri Mahfuz, KKR
Makanan : Disediakan
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang (pendaftaran jam 8.00 – 8.30 pagi)
Sasaran : Kumpulan Sokongan

Warga UPIKE CKE untuk menyertai kursus tersebut boleh menghantar nama kepada Unit Pembangunan Kompetensi, CKE. sebelum atau pada 24 September 2012 (Isnin)

Sumber : FARIDAH BINTI ITHNAIN, Unit Pembangunan Kompetensi, Cawangan Kejuruteraan Elektrik

PROGRAM SEMARAK ILMU@JKR 2012

Satu program Semarak Ilmu @ JKR akan diadakan pada 27 – 28 hb. September 2012, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Haji Mohd. Noor bin Yaakob, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Program Semarak Ilmu@JKR bagi tahun 2012 akan di isi dengan beberapa siri ceramah berunsurkan pengurusan kewangan peribadi.Di anataranya termasuklah:
i. Ceramah bertajuk POWER (Pengurusan Wang Ringgit Anda) / oleh Puan Nor Akmar Yaakub (AKPK)
ii. Ceramah bertajuk Perwarisan dan Pengurusan Wasiat / oleh En. Amir Bahari
iii. Ceramah bertajuk Tulis Blog Menjana Pendapatan / oleh Dr. Irfan Khairi

Selain dari itu, pelbagai aktiviti keilmuan disediakan termasuklah penglibatan beberapa Agensi/ Syarikat dalam pameran/ jualan dan khidmat nasihat.

Diharapkan untuk menghebahkan kepada semua kakitangan dan membenarkan penyertaan seramai yang boleh dalam program ini.

Sumber : NORAINI BT. CHE LAH, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia

PEKERJA INDUSTRI BINAAN WAJIB IKUT KURSUS INDUKSI KESELAMATAN

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Semua pekerja industri binaan, termasuk warga asing, di tapak pembinaan awam diwajibkan mengikuti kursus induksi keselamatan sehari anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperoleh kad hijau.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abd Karim berkata kad hijau yang dikeluarkan CIDB itu mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan dan tanpa kad tersebut, pekerja tidak dibenarkan memasuki kawasan tapak binaan.

“Kursus ini bertujuan memberi pendidikan dalam kalangan pekerja di samping berusaha mengurangkan berlakunya kemalangan di tempat kerja,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Judin berkata CIDB melantik pegawai penilai yang terdiri daripada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang berkelayakan, bagi menilai pekerja binaan yang terlibat dalam kursus itu.

Kad hijau itu juga menjadi identiti seseorang pekerja itu agar dapat dikenal pasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pekerja binaan yang gagal memiliki kad hijau itu boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pendaftaran kontraktor (1995)-Peraturan 15 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, katanya.

– BERNAMA

Negara perlukan 17,000 lagi jurutera

2012/09/14, Berita Harian

Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu seorang jurutera kepada 350 penduduk.

Masih kurang jurutera

“Berdasarkan kajian Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional, tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Amat diperlukan

Shaziman berkata, tenaga profesional itu amat diperlukan sebagai tulang belakang pembangunan negara termasuk merealisasikan cita-cita mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian.

“Bidang kejuruteraan mempunyai peluang cerah dan mendatangkan hasil lumayan kerana banyak projek mega seperti Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang serta My Rapid Transit (MRT) memerlukan tenaga jurutera yang ramai,” katanya.

Raya D’UPIKE – 1433H

Kuala Lumpur, 07 Sept. 2012 – Majlis Kesyukuran Hari Raya AidilFitri dan meraikan Kakitangan yang bertukar telah di diadakan dengan jayanya di perkarangan lobi pejabat UPIKE CKE. Majlis walaupun sederhana namun sangat meriah dengan kehadiran semua kakitangan dan tetamu jemputan .

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar. Hanya empat orang kakitangan yang tidak bersama pada sesi bergambar tersebut – 1. En. Farihan Zain (bercuti & sampai lewat), 2. En. Abas (bercuti), 3. En. Hafiz Ali (baru habis bertugas malam), 4. Mohd. Haffiz Tahir (bercuti).

Selain meraikan sambutan Hari Raya AidilFitri, majlis juga turut meraikan bekas kakitangan UPIKE yang telah bertukar. Mereka terdiri dari pada engineer Hezri dan Saudara Ahmad Kamal, walaubagaimanapun engineer Hezri tidak dapat hadir kerana jadual kerjanya yang padat di Kuantan.

Seluruh warga UPIKE CKE berasa sangat bertuah kerana majlis kali ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi CKE yang terdiri daripada Y. Bhg. Ir. Hj. Mohd Fazli – Pengarah Kanan, Yg. Bhg. Ir. Dr. Mohd Johari – Pengarah Perkhidmatan Pakar dan beberapa Ketua Jurutera Elektrik di Ibu Pejabat dan JKR (E) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ir. Mokhtar Zainal – KJE UPIKE bersama Ir.Ismail Hashim – Ketua Penolong Pengarah Kanan JKR (E) WP Kuala Lumpur

Y. Bhg. Pengarah Kanan (tengah) sedang memperkatakan sesuatu kepada kedua pegawainya ketika di majlis ini …..

Berikut serba ringkas gambaran yang dapat dipaparkan ketika majlis tersebut;

- Sumber : Team Urusetia Majlis Sambutan


Blog Stats

  • 63,899 hits

RSS CUEPACS

  • SPRM BERHAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI TERLIBAT RASUAH DI CAMERON HIGHLANDS - KSN November 23, 2014
    Bernama18/11/2014 Tan Sri Dr Ali HamsaKUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau yakin SPRM sebagai […]

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.